PENGENALAN
Pelajar merupakan seseorang individu
yang unik dan berbeza di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam
tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek
pemikiran, tindak balas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman.
Justeru, pelajar-pelajar ini mempunyai strategi yang tersendiri untuk menerima
dan bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran.
Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan menurut tanggapan subjektif
mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan
para penyelidik, pengajar atau pendidik merupakan penggerak utama kepada
pembelajaran para pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks dan jarang sekali orang
mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari pengetahuan guru kepada
isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar membentuk gaya
pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan bantuan guru
yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu mengandaikan
mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa menghiraukan
proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan guru
tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang
bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya
pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).
Pembelajaran merupakan kegiatan yang
bergantung kepada kemahiran kognitif. Ahli psikologi seperti Mace (1976)
berpendapat kita boleh membezakan mekanisme otak yang digunakan dalam
pembelajaran dengan faktor yang menggerakan mekanisme tersebut. Faktor yang menggerakan
mekanisme tersebut dipanggil dorongan dan sikap, sementara mekanisme
pembelajaran dipanggil kemahiran pembelajaran. Adalah menjadi harapan setiap
pelajar yang berada di sekolah untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu
yang tidak mustahil jika pelajar memperoleh cara atau strategi belajar yang
berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan
intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses
pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap (Khalid, 2005:
3).
Pembelajaran tidak hanya berkaitan
dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari
tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan
dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996).
Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping
membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan
individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri
individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai
gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya,
individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar
untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
Shea (1994) menyatakan pembelajaran
ialah proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam tingkah laku.
Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah
suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat.
Kebanyakkan proses pembelajaran yang signifikan adalah dari apa yang telah kita
lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian.
Gremli (1996) pula menyatakan bahawa
gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat,
interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan, tumpuan perhatian
terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapatnya kelainan dalam diri individu.
Gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri seseorang individu adalah salah
satu penentuan kearah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang
dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Objektif utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan dan kecekapan
seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.
Gaya pembelajaran yang sesuai
penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991).
Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai
kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian
dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih
bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai
tambahannya, Dunn & Dunn (1979) menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber
dan program dipadankan dengan sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar, maka
pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Sebaliknya, jika padanan
di antara pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai, maka pencapaian akademik
dan sikap juga turut merosot.
Walaubagaimanapun, kemungkinan
wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki
gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya pembelajaran
pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru.
Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian dan seterusnya
menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang
berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000;
Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith &
Renzulli, 1984).
Prestasi akademik yang cemerlang
merupakan penentuan pemahaman seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara
tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa depan yang lebih gemilang.
Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut, suasana pembelajaran yang
kondusif adalah amat penting. Masyarakat
sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan
akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan
seseorang pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran
yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik.
Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran seseorang
pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian akademik
pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan
bahawa kajian yang dijalankan oleh beliau sejak seabad yang lalu mendapati
bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara satu sama lain.
Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya pembelajaran gaya pembelajaran boleh
dikategorikan kepada 5 kategori iaitu (1) Persekitaran, (2) Emosional, (3)
Sosiologikal, (4) Fizikal dan (5) Psikologikal. Beliau mendapati bahawa kaedah,
sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang
pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan
membawa individu mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Strategi pembelajaran
yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang diambil juga akan
memberi kesan positif kepada pencapaian akademik.
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian ini dijalankan
adalah untuk :
i.
Mengenalpasti
kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian dalam
akademik.
ii.
Mengkaji
sikap dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan dalam meningkatkan
pencapaian dalam akdemik.
iii. Mengetahui
gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian
dalam akademik.
PERSOALAN
KAJIAN
Kajian yang
dijalankan ini cuba menjawab terhadap soalan-soalan berikut :
i.
Apakah
kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa dalam kelas untuk
meningkatkan pencapaian dalam akademik?
ii.
Bagaimanakah
sikap dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan sebaya dalam meningkatkan
pencapaian dalam akdemik?
iii.
Apakah
gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar untuk menigkatkan pencapaian
dalam akdemik?
METODOLOGI
KAJIAN
Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan
kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan
kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan anlisis
data (Nana, 2005 ; Chua, 2006 ; Fraenkel, 2007). Kajian kuantitatif merupakan
suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan
mengunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap
suatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari
perhubungan antara pembolehubah –pembolehubah dalam suatu penyelidikan.
Kajian kuantitatif merupakan satu kajian
secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan
berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti"
membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan
yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah
kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan
ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana
penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang
dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif,
masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Kaedah ini mempunyai beberapa
kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat
dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih
tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat
dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan. Dalam kajian ini, analisis kuantitatif
diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi
akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan
menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.
Pensempelan
Responden
merupakan pelajar sekolah sukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan,
Perlis. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu 16 orang responden
perempuan dan 14 orang responden lelaki yang melipuiti semua tingkatan iaitu
daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas. Kesemua responden terdiri
daripada kaum berbangsa Melayu. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara
rawak iaitu terdiri daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi
masing-masing. Antara bidang sukan tersebut ialah bola jaring, bola sepak,
petanque, dan Frisbee.
Instrumen kajian
Instrumen
kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang
soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B,
bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang
responden, bahagian B mengenai kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas
untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik, manakala bahagian C
ialah untuk mengetahui sikap diri pelajar dan kaedah pembelajaran pelajar
dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik. Bahagian D pula
adalah untuk mengetahui strategi yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan
pencapaian dalam akademik.
Instrumen kajian
Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah dengan menggunakan
kaedah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada
sampel kajian. Soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak
yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri
daripada sampel kajian.
Kaedah soal selidik yang dijalankan ialah dengan menggunakan
bentuk soalan tertutup. Bentuk soalan tertutup ialah pilihan jawapan diberikan
untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri. Soalan-soalan
tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan. Sampel kajian
memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan.
Dalam
soal selidik yang dijalankan, jenis soalan tertutup yang digunakan ialah Soalan
Skala Likert. Skala Likert merangkumi pernyataan yang mempunyai tahap
persetujuan. Dalam bentuk asal, skala ini mempunyai lima poin iaitu : 1. Sangat
Tidak Setuju, 2. Tidak Setuju, 3. Tidak Pasti, 4. Setuju, dan 5. Sangat
Setuju. Langkah-langkah
membina soal-selidik :
i) Membangunkan
item sesuai dengan objektif kajian.
ii) Menyediakan
tatacara analisis yang sesuai.
iii) Memperbaiki
item soalan supaya bersesuaian dengan tajuk.
iv) Mengedit
item selepas membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.
v) Mengedarkan
borang soal selidik kepada responden.
DAPATAN
KAJIAN
Dapatan kajian 1
Jadual 1
menunjukkan peratusan data bagi kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas untuk
meningkatkan pencapaian dalam akademik.
|
Kaedah
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju
(%)
|
Tidak pasti
(%)
|
Setuju
(%)
|
Sangat setuju
(%)
|
|
Membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas dengan membaca
terlebih dahulu tajuk yang akan diajarkan oleh guru
|
6.7
|
6.7
|
13.3
|
40.0
|
33.3
|
|
Memberi tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas
|
0
|
3.3
|
30.0
|
36.7
|
30.0
|
|
Berusaha mendengar penerangan guru dengan teliti
|
0
|
0
|
20.0
|
43.3
|
36.7
|
|
Membuat
catatan semasa mendengar penerangan daripada guru
|
3.3
|
6.7
|
43.3
|
33.3
|
13.3
|
|
Menghindarkan
diri daripada berbual dengan rakan semasa guru mengajar
|
3.3
|
20.0
|
23.3
|
26.7
|
26.7
|
|
Sering
bertanyakan kepada guru sekiranya terdapat sesuatu perkara yang sukar
difahami
|
6.7
|
13.3
|
13.3
|
30.0
|
36.7
|
|
Menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru
walaupun sibuk dengan aktiviti sukan
|
3.3
|
10.0
|
16.7
|
36.7
|
33.3
|
|
Dapat
menghantar tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya
|
0
|
3.3
|
33.3
|
30.0
|
33.3
|
|
Tidak
akan ponteng kelas sekiranya tiada sebab yang munasabah
|
0
|
3.3
|
16.7
|
16.7
|
63.3
|
|
Mengikuti
kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah
|
0
|
13.3
|
6.7
|
20.0
|
60.0
|
Jadual
1
Bagi meningkatkan pencapaian dalam akademik, seramai 12 orang
responden bersetuju bahawa kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas adalah
dengan membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas dengan membaca terlebih
dahulu tajuk yang akan diajarkan oleh guru. Seramai 11 orang responden
bersetuju bahawa mereka memberikan tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas dan 13
orang responden bersetuju bahawa mereka berusaha mendengar penerangan guru
dengan teliti bagi meningkatkan pencapaian dalam akdemik. 10 orang responden
bersetuju mereka ada membuat catatan semasa mendengar penerangan daripada guru.
Seramai 8 orang responden sangat
bersetuju bahawa mereka menghindarkan diri daripada berbual dengan rakan semasa
guru mengajar dan 11 orang responden
sering bertanyakan kepada guru sekiranya terdapat sesuatu perkara yang sukar
difahami. Walaupun pelajar sibuk dengan aktiviti sukan, namun 11 orang
responden menyatakan bahawa mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru dan 10 reponden sangat bersetuju bahawa mereka dapat menghantar tugasan
yang diberikan oleh guru tepat pada masanya. Seramai 19 orang responden tidak
akan ponteng kelas sekiranya tiada sebab yang munasabah dan 18 orang responden
mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan
pencapaian akademik mereka.
Dapatan kajian 2
Jadual 2
menunjukkan peratusan data bagi sikap diri pelajar dan kaedah pembelajaran
pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik.
|
Kaedah
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju
(%)
|
Tidak pasti
(%)
|
Setuju
(%)
|
Sangat setuju
(%)
|
|
Boleh
merangsang diri untuk belajar
|
3.3
|
3.3
|
30.0
|
30.0
|
33.3
|
|
Membuat
persediaan lebih awal sebelum tarikh ujian atau peperikasaan
|
0
|
3.3
|
23.3
|
33.3
|
40.0
|
|
Menjaga
hubungan yang baik dengan guru
|
0
|
0
|
23.3
|
13.3
|
63.3
|
|
Menjaga
hubungan yang baik dengan ibu bapa
|
3.3
|
0
|
13.3
|
16.7
|
66.7
|
|
Dapat
membahagikan masa antara akademik dan sukan
|
3.3
|
3.3
|
20.0
|
26.7
|
46.7
|
|
Kemahuan
untuk belajar ke peringkat lebih tinggi mendorong untuk belajar dan mencapai
keputusan peperiksaan yang cemerlang
|
0
|
0
|
20.0
|
13.3
|
66.7
|
|
Dapat
belajar dengan lebih baik sekiranya belajar secara kumpulan
|
3.3
|
0
|
30.0
|
20.0
|
46.7
|
|
Sering
berbincang dengan rakan-rakan untuk mengetahui sesuatu topik dengan lebih
mendalam
|
0
|
3.3
|
13.3
|
40.0
|
43.3
|
|
Menyampaikan
ilmu pengetahuan yang diterima dalam kelas kepada rakan yang lain
|
3.3
|
3.3
|
13.3
|
40.0
|
40.0
|
|
Membina
saingan yang sihat sesama rakan untuk mencapai keputusan yang cemerlang
|
0
|
0
|
20.0
|
40.0
|
40.0
|
Jadual
2
Bagi sikap diri pelajar dalam
meningkatkan pencapaian dalam akademik, 10 orang responden sangat bersetuju
bahawa mereka dapat merangsang diri untuk belajar. 12 orang responden sangat
bersetuju bahawa mereka membuat persediaan lebih awal sebelum tarikh ujian atau
peperikasaan. Bagi mendapat keberkatan semasa belajar, seramai 19 orang
responden sangat bersetuju bahawa mreka menjaga hubungan yang baik dengan guru,
manakala bagi hubungan dengan ibu bapa, seramai 20 orang responden sangat
bersetuju bahawa mereka menjaga perhubungan yang baik dengan ibu bapa. Daripada
30 orang responden, 14 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka dapat
membahagikan masa antara akademik dan sukan. Seramai 20 orang responden sangat
bersetuju bahawa kemahuan untuk belajar
ke peringkat yang lebih tinggi mendorong mereka untuk belajar dan mencapai
keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Seterusnya adalah kaedah pembelajaran
pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik. 14 orang
responden sangat bersetuju mereka dapat belajar dengan lebih baik sekiranya
belajar secara kumpulan. 13 orang responden sangat bersetuju mereka sering
berbincang dengan rakan-rakan untuk mengetahui sesuatu topik dengan lebih
mendalam. 12 orang responden juga sangat
bersetuju mereka dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang diterima dalam kelas
kepada rakan yang lain dan pelajar bersetuju mereka membina saingan yang sihat sesama
rakan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Dapatan kajian 3
Jadual 3
menunjukkan peratusan data bagi strategi yang digunakan oleh pelajar untuk
meningkatkan pencapaian dalam akademik.
|
Kaedah
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju
(%)
|
Tidak pasti
(%)
|
Setuju
(%)
|
Sangat setuju
(%)
|
|
Dapat
mengingat dengan baik jika belajar pada awal pagi
|
0
|
0
|
43.3
|
33.3
|
23.3
|
|
Dapat
mengingat dengan baik jika belajar pada waktu petang
|
0
|
10.0
|
40.0
|
40.0
|
10.0
|
|
Dapat
mengingat dengan baik jika belajar pada waktu malam
|
0
|
0
|
40.0
|
23.3
|
36.7
|
|
Kaedah
penghafalan membantu dalam proses pembelajaran
|
3.3
|
3.3
|
20.0
|
23.3
|
50.0
|
|
Menulis
nota ringkas semasa membaca/menghafal
|
0
|
0
|
20.0
|
43.3
|
36.7
|
|
Mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada
|
0
|
0
|
20.0
|
43.3
|
36.7
|
|
Merumuskan
isi topik dengan perkataan anda sendiri selepas membaca
|
3.3
|
0
|
16.7
|
43.3
|
36.7
|
|
Dapat
membahagikan masa belajar yang cukup untuk setiap mata pelajaran
|
0
|
3.3
|
36.7
|
23.3
|
36.7
|
|
Mengulangkaji
topik yang susah terlebih dahulu
|
0
|
3.3
|
26.7
|
40.0
|
30.0
|
|
Perlu
meletakan target dalam setiap subjek peperiksaan untuk mendapatkan pencapaian
yang baik
|
0
|
3.3
|
16.7
|
26.7
|
53.3
|
Jadual 3
Bagi strategi yang digunakan oleh
pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik, pelajar lebih bersetuju bahawa
mereka dapat mengingat dengan lebih baik jika belajar pada waktu malam. 15
orang responden sangat bersetuju bahawa kaedah penghafalan dapat membantu
mereka dalam proses pembelajaran dan 13 orang responden bersetuju bahawa mereka
menulis nota ringkas semasa membaca dan menghafal. Pelajar bersetuju mereka
mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada dan merumuskan isi
topik dengan perkataan mereka sendiri selepas membaca. 11 orang responden
sangat bersetuju mereka dapat membahagikan masa belajar yang cukup untuk setiap
mata pelajaran dan 12 orang responden bersetuju mereka mengulangkaji topik yang
susah terlebih dahulu. Seramai 16 orang responden sangat bersetuju bahawa
mereka perlu meletakan target dalam setiap subjek peperiksaan untuk mendapatkan
pencapaian yang baik.
PENUTUP
Kajian ini telah memenuhi objektif
kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
sukan mempunyai kaedah dan gaya pembelajaran yang tersendiri. Pelajar sukan
mempunyai sikap yang positif semasa sesi pembelajaran supaya mereka dapat
meningkatkan pencapaian dalam akademik dan pelajar menggunakan kaedah
pembelajaran dengan rakan supaya pelajar lebih memahami semasa belajar. Pelajar
juga mempunyai strategi pembelajaran masing-masing dalam usaha meningkatkan
pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian mungkin dapat membantu pihak
sekolah dan guru-guru khususnya untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik di kalangan
pelajar-pelajar sukan supaya seiring dengan pencapaian dalam sukan.
Pencapaian dalam akademik juga
adalah diharapkan dapat ditingkatkan lagi dalam kalangan pelajar sukan. Berdasarkan
kajian ini, dapat dilaporkan di sini bahawa kajian ini banyak memberi manfaat
kepada pelajar dan guru. Bagi pelajar,
mereka dapat memanfaatkan hasil kajian ini dengan menguasai sebanyak mungkin strategi
yang masih belum mereka gunakan dalam proses pembelajaran mereka. Bagi guru pula,
mereka dapat merancang pengajaran mereka dengan baik berdasarkan kemampuan
pelajar. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai strategi pembelajaran yang
berbeza ketika belajar.
Kesimpulannya, dengan mengenal pasti
kaedah pembelajaran pelajar, guru dapat merancang sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik. Akhir sekali, sebagai atlet, pelajar
haruslahlah menguasai kedua-dua bidang iaitu akademik dan sukan. Walaupun
pelajar cemerlang dalam sukan, namun ini tidak bermakna pembelajaran pelajar
harus diabaikan.
RUJUKAN
Zubaidah Begam Binti Mohamed
Zakaria. 2000. Hubungan Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor:
Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Mohd Khairi Abdul Rahman,
Suzana Mad Hezir, Nurul Ainie Roosle & Sharifah Huda Syed Ismail. 2003. Amalan
Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik, Melaka: Penerbit Kolej Matrikulasi
Melaka.
Mohd Najib Abdul Aziz &
Nor Shafrin Ahmad. 2008. Kemahiran
Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Nur Sofurah Mohd Faiz,
Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit. 2008. Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang, Johor: Penerbit Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn, Johor.
Julismah Jani, Ong Kuan Boon,
Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid & Yusof
Ahmad. 2009. Pendekatan
Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam Mata Pelajaran Sains Sukan
di Sekolah Menengah, Malaysia:
Jurnal Pendidikan Malaysia.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin &
Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan
Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor:
Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Abdul Halim Bin Abdul Wahab.
2000. Amalan Pengurusan Sukan
Dalam Meningkatkan Kecemerlangan, Pahang:
Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Abdul Rashid Mohamed & Mohamad
Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam
Penilaian Menengah Rendah, Wilayah
Persekutuan Labuan: Labuan International Conference on Educational Research.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri
Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.
Dr Baharin Abu, Pm Dr Othman Md Johan. Pm Syed Mohd Shafeq Syed Mansor
& Haliza Jaafar. 2007. Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan
Kemahiran Belajar Pelajar, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.
No comments:
Post a Comment