Thursday, 21 November 2013

10 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM SUKAN

Dalam pengarusan globalisasi terkini, arena sukan juga tidak ketinggalan dalam mencipta alatan-alatan terbaru untuk memudahkan para atlit-atlit di seluruh dunia lebih berkeyakinan untuk berketrampilan yang ada keyakinan tinggi dengan adanya peningkatan teknologi dan inovasi dalam sukan. oleh itu, saya telah ditugaskan oleh Mejar Jasmy untuk menyelongkar pencarian web maklumat untuk mendapatkan alatan dalam bidak sukan yang telah dinaiktaraf, diperbaharui dan juga penciptaan model-model baharu untuk sukan-sukan tertentu dan juga untuk kegunaan atlit itu sendiri.

Antara model inovasi dan teknologi dalam sukan yang telah saya perolehi adalah seperti di bawah, : 


(1) 
Alat Pengesan Tumbukan
Teknologi berasaskan kepada platform deria kita dan mengintegrasikan rangkaian sensor kepada badan dan tangan atlet. Sistem ini boleh digunakan untuk mengurangkan keperluan untuk pertandingan serta menyediakan kaedah yang boleh dipercayai menentukan keputusan perlawanan manfaat lain yang dipersembahkan di sini termasuklah keupayaan untuk menganalisis prestasi atlet selepas perlawanan atau sesi latihan seperti menilai keberkesanan latihan dan kesan latihan.


(2) 
SANITAS (Alat pengukur tekanan darah)
Alat pengukur tekanan darah jenama SANITAS dibawa dari negara Jerman. Ianya sesuai digunakan seisi keluarga. Antara kelebihan alat ini adalah setiap ukuran akan mendapat bacaan yang tepat, menggunakan 2 bateri saiz AAA dan harga produk ini adalah RM180 sahaja. Alat pengukur tekanan ini juga mempunyai saiz cuff untuk lilitan pergelangan tangan di antara 13.5 hingga 19.5 cm. Ia juga mempunyai catatan tarikh dan masa serta didatangan khas dengan kotak penyimpanan yang praktikal.

(3) Alat Pengesan Paras Oksigen
Alat mengesan paras oksigen dalam darah ini sangat penting terutama kepada pesakit yang menggunakan bantuan oksigen dihospital mahupun dirumah. Ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan cuma perlu dicaj. Alat ini juga boleh digunakan oleh paramedik untuk melakukan kerja-kerja menyelamat kerana senang dibawa. 

(4) Alat Penguji Ketangkasan
Mengukur tahap ketangkasan dan kelajuan pergerakan tubuh badan seseorang untuk bergerak ke pelbagai arah dalam keadaan stabil
Alat ini mampu mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam bidang sukan
Menguji tahap kecekapan dan ketangkasan individu

Cara penggunaan alat ini adalah :-
Pertama, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah yang berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.

(5) Christ Boardman Inteligent Bike
*Basikal ini mempunyai motor dan digunakan melalui tenaga solar.
*Mempunyai finger scanner untuk mengenalpasti pemiliknya dan mengelakkan kecurian.
*Basikal ini tidak akan bergerak selagi finger scanner tidak dilakukan.
*Terdapat juga peranti komputer yang menunjukkan kelajuan kalori yang terbakar dan juga lokasi.

(6) Nike Ippeas Riding Boats
 Nike telah mencipta sebuah kasut bagi penunggang kuda yang mempunyai zip yang panjang bagi memudahkan untuk kasut ditanggalkan. Nike juga telah menambah lelasan getah yang tinggi di bahagian tepi but lantas membolehkan penunggang kuda berada dalam keadaan stabil ketika melakukan lompatan. akhir sekali, Nike telah menggantikan ladam di bahagian tapaknya dengan menggunakan material dari titanium yang boleh diubah ketinggiannya.


(7) Subskin Inner long Sleeve
*Merasakan tubuh anda sejuk dan berangin semasa bermain atau melakukan aktiviti.
*Ringan dan sesuai dipakai untuk semua peringkat umur.
*Menyokong sokongan otot serta mengurangkan keletihan otot.
*Perlindungan ultraviolet dari sinaran matahari dan menghalang penuaan pramatang.
*Mengawal bau dengan mencegah pertumbuhan mikrob menyebabkan bau.
*Kualiti setaraf dengan jenama antarabangsa seperti nike dan adidas

(8) Bola Sepak Pintar
*Penggunaan magnetic field dalam penghasilan teknologi ini telah membolehkan membantu memberi maklumbalas pada masa yang telah ditentukan kepada centrel komputer.
*Centrel komputer ini merupakan satu teknologi yang dpat mengesan kedudukan sebenar bola diatas padang dan menghantar terus kepada pengadil tentang sepakan atau kedudukan sebenar bola diatas padan.
*Sistem ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor dalam permainan,cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.
*Bola ini tahan lasak dan tidak bocor

(9) Nike Aerographics Jersey
Nike telah menciptakan sesuatu yang dinamakan Aerographics untuk Pasukan Amerika Syarikat. Dengan mereka rekaan grafik ke dalam bidang-bidang utama pakaian, mereka telah meningkatkan pengaliran udara ke atas kulit, di samping mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 31 peratus dan grafik kelihatan sejuk. Ia berfungsi dengan meningkatkan aliran udara dan mengurangkan peluh, malah Aerographics membantu atlet berhenti daripada membuang tenaga dengan cuba untuk menyejukkannya. Malah ia juga mengurangkan berat badan mereka untuk melompat kepada pemuda yang lebih tinggi.

(10) Exercise Watch/Heart Rate Watch
*Dapat membaca nadi semasa latihan dijalankan. 
*Dapat mengetahui jumlah pembakaran lemak di dalam badan 
*Tahan lama dan kalis air
*Sesuai untuk lelaki dan wanita yang sukakan aktiviti lasak

10 YOUTUBE TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM SUKAN

Video yang dipaparkan ini hanya sebagai humor kepada para penonton yang darii golongan atlit sukan. Malah dalam video humor ini juga terdapat impak yang perlu diketengahkan agar setiap atlit atau sesiapa yang melibatkan diri dalam sukan tidak melakukan kesilapan walaupun ianya dianggap kelakar di mata penonton walhal di belakang tadbir ia merupakan sesuatu perkara yang memalukan. Jadi jang tahu gelak ja, fikirkan kebaikan dan keburukan dalam video ni yer. hehe
" Selamat Menonton " 

Video 1

Video 2

Video 3

Video 4

Video 5

Video 6


Video 7


Video 8


Video 9

Video 10


*selamat menonton*